Segala apa yang dilalui adalah seribu dari berjuta kejadian Allah...Aku hanya berkongsi cerita, dan ingin menjadikan blog ini secubit dari kisah hidup aku... walaupun banyak perlu menjadi lipatan .. namun ada juga yang mampu aku bentangkan...

Showing posts with label Personal Life. Show all posts
Showing posts with label Personal Life. Show all posts

Sunday, December 12, 2010

Mari Menari~~

Tadi tengok Mari Menari.. Astro Ria... Erm yang menarik perhatian aku... lagu pembukaan penentuan Mari Menari malam ni... maklum la.. aku jarang dengar radio.. dalam TV la biasanya aku dengar lagu... Rasa suka dengan lirik lagu pembukaan tadi...

Adam... Tajuknya Robot...

Just berkongsi disini.. tak merujuk pada sesiapa.. lebih kepada menasihati diri aku sendiri...

Lirik Lagu ROBOT
Kenapa manusia penuh rasa cemburu
Pantang lihat orang senang pasti menguntuk
Dan tersenyum bila lihat orang tersungkur

Cakap senang nenek kau pun buat lebih bagus
Tapi bukan kau yang cuba bertungkus lumus
Mencari peluang berjaya dalam hidup

Memang masih jauh lagi perjalanan ini
Dan masih banyak lagi kan ku tempuhi
Jangan hanya mencari kesilapan saja
Nanti ternyata

(chorus)

ku tahu..
oh no..(oh no)
oh no.. (oh no)
oh no..
ku bukannya sempurna

kuperlu..
oh no..(oh no)
oh no.. (oh no)
oh no..
ruang untuk belajar

ku bukan robot

Kadangkala lebih baik pekakkan telinga
Dari dengar mulut yang tak pakai kepala
Mencaci dan menghina ikut suka rasa

Oh tetapi diri ini takkan mengaku kalah
Meskipun orang hanya mahu cari salah
Namum cemuhan itu menjadikan aku lebih tabah

Kini baru kusedar siapa kawan
Kini baru kesedar siapa lawan
Bila hendak menegur ada caranya
Biarlah membina

(repeat Chorus)

Kuperlu..
Oh no..
Aku..

Ku bukan robot..

Semuanya tak kena..
Kubuat ini salah
Kubuat itu pun salah
Apa kau mahupun entahlah

Dari menyakitkan hati
Lebih baik ikut cara sendiri
Terpulang apa kau nak kata
Janji ku tak sakit jiwa

(repeat Chorus)

Monday, July 26, 2010

Layan~

~

Ketika Cinta Bertasbih


Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

Monday, June 21, 2010

Kisah Percutian yang Bersulam Tugas...

Percutian Jun 2010



aku nie memang angan2 besar... nak bercuti sakan la kononnya.. sudahnya aku cuti dengan tugasan berlegar-legar di fikiran.. emm... banyak sangat ke keje aku... yang sebenarnya aku nie yang malas... aha...

sepanjang cuti... aku hanya mampu menyiapkan tugas menanda kertas, menyiapkan post moterm (analisis x siap lagi tue), menyiapkan pengisian data SIP.... itu aje la... dengan SKT x siap lagi... pemfailan peperiksaan x settle lagi...

ya Allah... banyak lagi sebenarnya...

Dah la.. x mo cerita hal keje....mana penah habis... sekarang aku nak post sikit gambar aktiviti aku waktu cuti.. aku x amik gambar sangat. .. Sebab aku x berjalan ke mana sangat.. banyaknya masa diluangkan di rumah mak mertua sambil menanda kertas... ehee...




~kat Giant Terengganu~

Cuti aku nie macam cerita yang x de penutup... tahu2 habis... hehehe... tetiba je pada hari Isnin (14 June 2010), aku dapat mesej ada taklimat SIP... so.. kena balik la jawabnya..... x sempat nak happy ending...."Kerana Tugas Aku Turutkan".... Cuma kat sini aku nak ucapkan Terima Kasih banyak-banyak kat my beloved husband... kerana sangat memahami dan berusaha keras bawa kete malam2 bagi memastikan aku dapat sampai juga di JB.. SIP ohhh SIP....


~Love You~

Tuesday, March 9, 2010

Layangan Hati Kini~~ Amarah

Siti Nurhaliza Ft. Krisdayanti – Amarah (CTKD)


*Wanita bukanlah perhiasan mata
Wanita adalah pelengkap di jiwa
Yang perlu kau corak dan bimbingi dia
Dan pasti bukan sekadar dengan kata-kata

**Manis mulut lidah kau berapi
Tanpa sedari hati kau sakiti
Ku menghargai segalanya
Namun mungkin kau yang lupa
Fikirkanlah… dengarkanlah…
Suaraku

Chorus

Kau tak bisa hapuskan… amarah
Walaupun engkau tahu
Aku mahu
Kamu mahu
Aku tahu
Kamu tahu

Dan ku takkan tunjukkanku…
Amarah…
Kerana aku tahu, segala yang berlaku
Tetap akan berlaku

Di mana kudratku
Dia yang menentu… dia yang menentu

Ulang *, ** dan chorus

#Yang… hati wanita terlalu rapuh kau genggami
Yang… ingin selalu dimanja dan disayangi

Ku bukan tagih janji yang kau hancuri

Ulang *, ** dan chorus

Friday, January 1, 2010

Salam Tahun Baru 2010


Rakan-rakan di sekolah pasti sibuk dengan urusan pendaftaran dan orientasi... aku masih di Terengganu.. malam ini malam kedua aku tidur tanpa suami disisi.. suamiku berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah menemani ayah mertuaku yang sakit di wad 7D di HSNZ.

Setakat ini keadaannya tidak banyak berubah.. cuma muntahnya tidak lagi berdarah seperti sebelum-sebelum ini... ayah banyak mengeluh sakit... petang tadi sewaktu aku melawatnya, dia mengadu sakit... aku sendiri dapat melihat bagaimana dia menahan sakit sehinggakan badannya mengigil kerana terlalu sakit. Ayah jugak menunjukkan lubang yang ditebuk di bahagian perut oleh doktor untuk mengeluarkan bahan toksik dalam badannya...ngeri...dan memang kesian aku tgk ayah yang bersirat dengan wayar sana sini... sebelah sana masuk darah..sebelah sini masuk air cuci buah pinggang.... kata Esah (adik iparku), buah pinggang ayah dah rosak.... erm... berat dugaan ayah... sabar ayah, anak2 sentiasa mendoakan ayah....

Esok malam aku akan balik ke Johor.... erm, suamiku akan terus tinggal disini buat sementara waktu... maka aku akan bersendirian di Johor... ditemani adah...demi keluarga aku sanggup menghadapinya.... aku harap bulan 6 ni aku dapat pindah terengganu... aku perlu ke sana....

Tahun Baru 2010, aku di Terengganu... suami di Hospital....aku di rumah ayah mertuaku....
walau apapun... aku masih mampu menyiapkan beberapa kerja sekolah yang tidak mampu aku tangguhkan lagi... sempat menyiapkan urusan dokumen headcount....Alhamdulillah... ada sedikit kekangan... tapi InsyaAllah... boleh di atasi....


Kepada rakan sekerja di SMK Tanjung Adang, aku mohon maaf di atas segala kesilapan dan kekhilafan ku sepanjang berada di SMKTA. Semoga sinar 2010 lebih bergermerlapan berbanding sebelumnya.....

Kepada suami tercinta dan semua ahli keluarga, semoga 2010 membawa lebih kebahagian dan lebih nikmat hidup dari Allah swt.....


Salam Tahun Baru 2010....

Sunday, December 27, 2009

Jangan Sakiti Aku!!

Friday, December 11, 2009

Ayah mertua ku Masuk ICU kerana sakit jantung...

Hari selasa (08/12/2009) jam 5 petang, suami memberitahu aku bahawa ayahnya masuk ICU.... aku pun segera menelefon kakak iparku... tanpa buang masa, aku telefon pengetua aku.. mohon maaf dan mohon izin untuk pulang ke kampung... tak dapat la aku datang ke sekolah menguruskan budak2 SPM tue...tepat jam 7 malam kami bertolak ke terengganu... Kami tiba di terengganu pada jam 4 pagi...

Esokknya, pada sekitar jam 10 pagi, kami pergi ke hospital.. belum waktu melawat... suami je naik ke wad ayah... ayah mertua dah keluar ICU.. masuk wad pesakit jantung. nampak sangat dia lemah....

Alhamdulillah, setakat hari ini, (12/12/2009)...Ayah semakin sihat, malah semakin gemar bercakap... semalam, dia sanggup bangun bila orang datang melawat dia... Alhamdulillah...InsyaAllah hari ni mungkin boleh keluar wad....

Sekarang ni aku pulak yang demam selesema.. demam dah beransur baik... tinggal selesema je... InsyaAllah, baik la nanti tu....

Sunday, December 6, 2009

Tangan Suami aku kena X-Ray...


Pusat X-Ray Hospital Sultanah Aminah

Pagi nie aku dan suami ke Hospital Sultanah Aminah. Jumpa Doktor kat sana... Doktor tu buat ujian ransangan ke atas jari suami ... ternyata ada masalah saraf katanya... dia suruh suami ke kaunter X-ray.. untuk buat ujian samaada tulang suami aku ada masalah x.... kata Dr, tulang x de masalah... so dia sarankan suami aku jumpa Pakar kat Poliklinik Hospital Sultanah Aminah esok... erm.... esok pegi lagi... Risau la pulak bila dia sebut jumpa Pakar.. teruk sangat ke???....

Tak pe sayang... esok kita g ye....

Thursday, December 3, 2009

After 5 Days...


Selepas 5 hari suami aku cedera di tempat kerja... kami x perlu lagi ke Klinik Gelang Patah untuk proses cuci luka... hanya perlu ke Hospital Sultanah Aminah untuk urusan kenyataan kemalangan dan tahap kecederaan.... anyway... ni gambar tangan suami aku... Before and After....




Suami aku masih x leh genggam tangan.. tak boleh buat banyak pergerakan. Kalau banyak pergerakan pada pergelangan tangan tu, darah akan keluar semula... Nurse tu kata, luka di bahangian dalam belum baik.. Luar je yang dah kering....Sabar sayang ye...

Tuesday, December 1, 2009

KeSian abang Ibrahimku...

Ahad : sekitar jam 1.00 pagi... suami aku pulang dari kerja ... masa tu aku dah tido... dia kejutkan aku dan tunjuk tangan dia yang berbalut dan penuh darah.... aku pun dengan mamai, bangun dan tenggokkan luka dia tu.. aku ingat biasa2 je.. tapi bila darah x berhenti aku rasa pelik... bila aku buka balutan luka tu, lukanya agak dalam.... so aku cuci dan sapukan losyen kuning... berbekalkan ilmu pertolongan cemas yang sedikit tu, aku balut juga la tangan dia guna anduh....Dah siap balut tu, ayat pertama yang keluar dari mulut dia.... "Dila, abang lapar....." siannya suami aku... bagi la dia makan, buatkan air teh panas... dah siap dia makan, jam dah menunjukkan 2.30 pagi... dia pun nampak letih sangat... so dia kata dia nak tdo.. esok pagi baru nak g klinik....

Isnin : Dalam kul 8.06 pagi aku dan suami dah sampai Klinik Kesihatan Gelang Patah...dapat no giliran 1044.... tunggu la dia panggil... dalam sekitar 8.50, no giliran kami dipanggil ke kaunter 1. Sampai di kaunter 1, dia bagi no giliran lain... 4013.. dia suruh tunggu di depan kaunter 5... so aku ngan suami pun tunggu.....sekarang no giliran 4005.. macam x jauh ngan 4013... kan??

Erm.. ini la dia kalau klinik kerajaan, dari kul 8.56 aku tunggu.... sehinggalah jam 10.50... no gilirannya baru 4012 ....


Dalam sekitar 11.30 baru la giliran kami...Letih gilerrrr.... Fuh... lega gak bila dah dipanggil...
Kat dalam bilik pembantu perubatan tu, en pembantu perubatan tu pun buka balutan luka suami aku tu... dia kata patutnya luka ni kena jahit ni.... uhu... suami aku sengih aje... tahan sakit... kalau jahit 3 jahitan kata dia.... tapi since darah dah kering... dia kata dah x leh jahit... so dia tampal je... setiap 2 hari kena datang balik untuk cuci....may be 2 minggu baru baik....



Itulah alkisahnya suami aku yang luka akibat tergelincir dan tergarit paku di dinding sewaktu cuba menyelamatkan diri....

Saturday, November 28, 2009

Buatmu Sis...

Sesungguhnya diri ini tidak bijak mengatur bicara... hinggakan adakalanya membawa maksud berbeza pada pandangan sudut yang berbeza...dalam kalam bererti ukiranmu, diri ini merasa amat rendah diri dan dirundung resah... walaupun sedar diri telah melakukan banyak kesilapan di masa nan lalu... adik ingin mengubahnya, dan belajar menjadi lebih baik... Penerimaanmu sedikit sebanyak mampu meningkatkan motivasi diri ini... Dan untuk itu, Terima Kasih kakak....




Janganlah kakak bimbang, sekarang segalanya telah terurai...Perjuangan akan diteruskan dengan semangat yang membara... semangat yang membina.... kejayaan mendatang akan diraih demi kecemerlangan anak-anak....

Terima Kasih sekali lagi.....

Friday, November 27, 2009

Buntu....


Buat beberapa hari nie... aku buntu... nak menulis pun aku sampai tahap malas.... cuma kepala aku ni berlegar2... mencari ruangan dimensi yang aku sendiri x pasti....melihatkan cawan kecil yang ada dihadapan cerminku ini... mengingatkan aku kepada seorang sahabat...betapa indahnya persahabatan itu... tapi terputus kerana keegoaan aku.... sekali sekala bila aku melihat cerita kartun 'Doraemon', aku teringat kepada sahabat aku tu... sebab kesudian dia berkawan dengan aku, sekurang-kurangnya aku belajar erti menghormati hak orang lain.... keterlanjuran kata2 aku menyebabkan dia berjauh hati .... dan jauh... jauh dari aku... semuanya gara2 perasaan cemburu....

Entah kenapa aku harus cemburu... sedangkan aku yang memilih yang lain... tapi tatkala dia mula memilih yang lain... tanpa aku sedar.. aku telah mengeluarkan kata2 yang menyinggung hatinya... dan sejurus selepas amarahnya... barulah aku sedar.... aku sebenarnya cemburu... kenapa???

Pada masa itu aku sedar, kalaulah aku setia padanya... pasti jalan ceritanya berbeza....Namun aku akui, pada saat dia memarahiku di dalam talian telefon itu...barulah aku sedar... Aku amat menyayanginya pada saat itu... Ya Allah, kesilapan aku pada hari itu membuat persahabatan kami terputus.... semuanya kerana aku mempersoalkan pilihan hati dia.... sedangkan aku, juga telah memilih yang lain. Tapi sedikitpun dia tidak bertanya dan mempersoalkan aku....Aku ego... Tidak mahu mengakui.. sebaliknya menidakkan... kerana aku... EGO!!!..

Maafkan aku sahabat....Maafkan aku....

Dan sahabat,
Jika kau membaca apa saja yang ku bebelkan ini, ingin sekali aku ketemukan kau dengan suamiku yang tersayang... Ingin sekali aku kenalkan pada suamiku, sahabat satu sekolahku yang pernah membantu aku saat2 aku menduduki SPM 2001...Memberikan aku kelas tusyen Add Math dan Math secara percuma...

Sahabat...
Aku berharap kau bahagia kini... Ku doakan kau bahagia dengan jalan pilihan hidupmu....
kerana aku telah menemukan bahagia bersama suami dan anakku....dan sebagai sahabat, aku juga mahu kau bahagia...

Amin...

Saturday, November 21, 2009

Tahniah Kak Oji


Entri kali nie khas untuk Pn Rohazila binti Yon...
Tahniah di atas kenaikan pangkat sebagai
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
di SMK Tanjung Adang....

p/s: Thanks belanja makan pagi tadi... ehe....

Friday, November 20, 2009

Kenapa???

kenapa aku harus berperasaan begini??? kenapa aku harus begini??? Ya Allah, berikan aku lebih kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi segala-galanya.......

Di saat ini, hati aku ini bercelaru... antara rasa sedih.. rasa kesal... rasa sayu... rasa pedih.. rasa benci.... rasa bermacam rasa... yang pasti aku ingin menangis....dan disaat aku menulis ini, hatiku terasa begitu sedih dan terkilan... dan seribu penyesalan terhadap sikapku.....Aku memang serba tak kena.. langkahku sumbang... dan tunggang langgang.... apalah dayaku...

Mungkin aku perlu banyak 'diam'..... daripada menjadi 'aku'.... Aku x ingin melebihi sesiapa.... aku juga x ingin bertanding dengan sesiapa.... aku cuma ingin seiring dengan rakan2 lain.....Ketahuilah bahawa aku ni masih mentah.... belum masak.... maka masih terlalu lama untu ranum masak....

Prilaku itu telah berjaya mengusarkan hati ini....menjadikan aku bimbang dan susah hati... apakah aku ini masih belum layak menjadi salah seorang antara kamu??? apakah aku perlu jadi lebih rendah??? atau lebih tinggi??? agar dapat sama2 mengapai bintang???

uhhh... sungguh berat dugaan hidup.... selagi namanya manusia, x lepas membuat kesilapan.... begitu juga aku.... Maafkanlah....

Buat semua Rakan-rakan .... Maafkanlah salah silapku selama ini... dalam pada aku sedar atau tidak... maafkanlah aku....di atas semua kesalahanku.....

Tuesday, November 17, 2009

Kakak~~

kesibukan melanda hingga baru hari ini aku bisa menulis.... almaklum la.. selaku SU Dalaman, aku sibuk menguruskan Peperiksaan Akhir Tahun, dan selaku SU SPM, aku sibuk uruskan dewan peperiksaan dan fail laporan guru bertugas....

Walaupun sebenarnya aku tidaklah sibuk mana... tapi biasa la aku suka buat2 sibuk.....

Banyak perkara yang perlu dititik beratkan....aku sampai rasa nak tdo .. penat otak....itulah sebabnya aku berehat sebentar dari menulis blog ini... dan hari ini aku terpanggil menulis semula kerana seseorang... sejurus membaca blognya di alamat http://jjn7400.blogspot.com/2009/11/dia-yang-aku-cemburui.html

Buat kakak....

sesungguhnya, segala pandangan dan cetusan rasamu itu adalah hasil pemerhatianku terhadap dirimu.... Disebalik kejayaan aku itu, disebalik kesungguhan aku itu, disebalik kecemburuanmu itu, semua itu adalah hasil sokongan dan didikan mu kakak....

dalam usia pengalaman bergelar guru yang terlalu muda, aku sudah mula belajar, mengajar pelajar mengikut spesifikasi yang digariskan oleh guru-guru berpengalaman hasil didikan mu Kakak.... tidak mungkin aku mampu mencapai semua itu tanpa sentuhanmu kakak.... dan sebagai orang baru, aku bangga.... bangga mempunyai seorang rakan guru senior yang tidak kedekut ilmu... malah gemar membantu....

Walaupun mungkin aku akan berpindah satu hari nanti, tidak mungkin aku lupakan persahabatan kita.... jangan la mencemburui diriku... kerana aku tidak layak untuk itu.... aku ini hanya anak kecil yang suka memecah suasana....

Kakak.... Jangan jadikan aku pesaingmu..... jadikan aku anak didikmu.... yang akan membanggakan gurunya... iaitu Kamu.. wahai kakak.....

-Dyla-

Saturday, November 7, 2009

November datang lagi~~

terasa busy sungguh aku ni... sampai x sempat2 nak menulis blog.... hahaha.... padahal sebab line streamyx aku ni buat hal....busy pun memang busy....

Setakat ini alhamdulillah, aku bersyukur... banyak jugak perkara yang dapat aku uruskan... dan x kurang jugak yang aku belum settlekan... antaranya SKT... Ya Allah... x sempat2... may be esok aku akan siapkan... malam ni aku akan cuba uruskan kerja aku yg x beres tu....

Erm, entri kali ni aku nak letak gambar mak ayah aku kat lapangan terbang Senai... masa tu nak hantar diorang berlepas ke KLIA untuk menunaikan haji... x sangka dan bersyukur sangat ayah aku dapat g haji tahun ni.... Alhamdulillah....






entri kali ni juga aku nak nyatakan yang aku x dapat pindah terengganu... Waaaa.... mulanya rasa sedih... tapi lepas2 pk dan bila dengar kata2 suami aku, aku x sedih lagi.... malah aku bersyukur kerana ini petanda aku akan sah jawatan di SMKTA mengikut masanya... INSYAALLAH... hope tidak ada masalah mendatang....

Lagipun aku x g BTN lagi... dan aku punya budak2 Form 3 dan Form 5 masih boleh diberi perhatian oleh aku.... walaupun aku tahu sebenarnya tanpa aku pun mereka akan dapat guru yang lebih baik dari aku....

Banyak jugak perkara yang membuatkan aku bersyukur di atas ketentuannya.... dan perkara ini menjadikan aku terus bersemangat untuk buat yang lebih baik pada tahun depan.... Datanglah 2010... aku bersedia!!!...

Tuesday, October 27, 2009

Saat-saat ibu bapa mertua ku ke Tanah Suci~~

Sedih gak bila tgk kak yam menangis masa saat nak bertolak tu.. hati jadi sayu... ini antara gambar semasa kak yam, ayah dan mak mertua aku nak ke airport Kuala Terengganu untuk ke Tanah Suci....Suami aku sedang azan sebelum mereka bertolak

menantikan saat terindah...

mak, ayah dan kak Yam

Sayu tengok muka kak Yam...

Beg Haji ayah...


abang iparku...dan sedara maraku...

Kak Yam dan adik Zainab

Kakak iparku... Kak Rina...

Ayah nampak happy sangat.. walaupun sakit.. dia nampak sihat pada hari itu...


Thursday, October 15, 2009

My Time Table !! Kerja ~~

Friday (16/10/2009):
- Print Headcount Form 1, 2 and 4
- Siapkan Fail Headcount
- Print Result Trial SPM 2009 individu
- Siapkan anggaran belanjawan
- Siapkan Fail SPM

Sabtu (17/10/2009):
- Taip Minit Mesyuarat PIBG
- Print Minit Mesyuarat PIBG
- Siapkan SKT
- Print SKT
- Susun Fail Peperiksaan Guru Bertugas SPM 2009

Ahad dan Isnin (18 dan 19/10/2009):
- Isi Markah Trial Online !!

Selasa (20/10/2009) :
- Burn CD aplikasi SAP
- Pergi Taklimat Peperiksaan Akhir Tahun 2009

Badan Sakit..... Hati pun Sakit!!!

Aku nie memang sensitif orangnya... mudah terasa.. dan jenis suka pk banyak... ish... nak diceritakan panjang.... aku ringkaskan... ringkas ke??? x de maknanya ringkas... rajin nak baca.. silakan... malas baca.. jangan baca....

Selasa, 4 pagi :
Aku bangun pagi muntah-muntah dan pening kepala yang amat sangat. Badan mula kedinginan dan menggigil-gigil.... Demam.... Baru nak baring dan lelapkan mata.. adah bangun dan muntah susu.... suami aku bangun tolong menguruskannya.... aku memang dah x larat... bangun pagi ku cuba gagahkan diri ke sekolah... dan adah sekali lagi muntah lagi.... aku sms kak bibah (PK 1 ) aku mohon datang lambat.. kepala masing pening.. aku cuba gagahi... Namun suamiku melarang aku pergi.. katanya aku nampak pucat... dia ajak ke klinik.. tapi aku kata Dr x de lagi pagi2 ni.... aku pun sms semula kak bibah kata aku amik mc aje... aku pun cuba makan panadol dan melelapkan mata... aku muntah lagi.. dan pening teramat sangat...

sekitar jam 12.30 hari aku bangun dan perutku memulas-mulas... aku menjadi teman setia cik Tandas.... suami ku ajak ke klinik... aku diberikan ubat.. ubat gastrik... aku kena gastrik.. perut aku masuk angin dan kata Dr.. perut aku 'upset'... ehe....dia bagi ubat demam, ubat buang angin, ubat tahan sejuk.... dan dia bagi la aku mc..... dia tanya nak sehari atau 2 hari.. aku kata cukuplah sehari.. esok ok ni....

Rabu, 6 pagi :
Dalam kepeningan yang masih terasa... dicampur keletihan berulang ke tandas... x lena tdo... letih... aku bangun.. gagahkan diri gosok baju nak ke sekolah... tapi ternyata aku x mampu.. perut ini masih memulas...terpaksa la aku sms Pk 1 aku bagitahu aku mc lagi... Demam pun masih belum reda.. suhu badan 38.5 oC..

Sekitar tengahari.. demam aku sudah makin reda.. cuma perut sahaja masih belum mahu beralah.. masih nak menunjuk perasaan...makan pun aku x lalu... hanya bubur dan nasi lembik....Itupun suami yang masak... Thanks abang..... uhu....

Malamnya suami aku biarkan aku tdo dan berehat secukupnya.. adah diuruskannya tanpa rungutan... Alhamdulillah.. Hari Khamis tu aku kembali ke sekolah......

Waaaa.. Kerja Bertimbun... tak selesai.. gara2 cuti yang x dirancang....

Khamis:

Ehem.. pegi sekolah macam biasa... ada keje sempat aku selesaikan.. dan ada juga yang x sempat... cuma yang x bestnya.. Hati aku Sakit!!! dah la badan dan perut ni belum sihat sepenuhnya... sampai disekolah, aku diberitakan ada sorang insan yang kononya bernama 'kawan' membuat andaian kononnya aku nie mc kerana balik terengganu... Lama la sikit dapat duduk Terengganu... Aha!!! Orang tu salah andaian!!! dia sangka aku amik CRK pada hari Khamis (15/10/09) dan Jumaat (16/10/09).... dan sengaja amik mc pada 13 dan 14/10 tu... nak sambung cuti kononnya... sedapnya dia tu buat andaian.. tak berpk langsung.. cerdik yang amat sangat....

Memang aku ada mohon CRK tapi bukan pada 15-16/10.... Tetapi pada 22-23/10... Minggu depanla....Itupun sebab bapak mertua aku nak g Haji... Salah ke???.. masa dia amik CRK... dia amik mc... orang x sibuk... bila orang lain dia memandai buat spekulasi.. aku memang sangat marah.... sebab sebelum ni aku banyak kali kena 'sound' ngan bos pasal cover dia punya pasal...tapi x sangka dia pulak yang mewujudkan andaian tidak baik terhadap reputasi aku!!!...Eeeeee... memang panas hati!!!....

Tapi bila aku mintak pendapat rakan guru dan mama aku... aku nak amik sikap diam aje.. biar la dia... suatu hari Allah balas perbuatan dia tu.... Dulu dia dah khianati aku sekali.. ini sekali lagi.... Thanks pada si dia!!...

Apap2pun aku sekarang dah ok..... abaikan dia.... aha...
Related Posts with Thumbnails