Segala apa yang dilalui adalah seribu dari berjuta kejadian Allah...Aku hanya berkongsi cerita, dan ingin menjadikan blog ini secubit dari kisah hidup aku... walaupun banyak perlu menjadi lipatan .. namun ada juga yang mampu aku bentangkan...

Sunday, May 17, 2009

Makan Ketam Sepuasnya~~~


9 Mei punya cerita ni sebenarnya~~

Kesibukan sangat rasanya hingga tidak berpeluang untuk menulis pengalaman terindah makan Ketam... Nikmatul ataupun dikenali sebagai 'As' dan keluarganya jemput aku makan2 di rumahnya... First time aku naik bot ke Kg Pendas Laut... Tak sangka sampai juga aku~~~


Fuh... tak terkata rasanya makan Ketam sepuasnya... Rasa terhutang budi sesangat ngan As sekeluarga, thanks ya?? Nak bayar mak As tak nak amik pulak... Aku makan tak ingat dunia.. kakakaka.. satu sebab yang best tu, aku memang suka ketam... yang kedua, mak As masak amat sedap.. It's Great!!~~~


Thank You so much for the great experience!!!

Saturday, May 16, 2009

Tema Hari Guru since 1972 :)

Tema Hari Guru

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Selamat Hari Guru..16 Mei 2009

Lagu Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi


Friday, May 8, 2009

Hanball Tournament P18


Run...

Align CenterSo Smelly ha?


Jaringan Gol!!!!!!!!


Penyampaian pingat Emas buat Johan!!


Pengetua puji As paling lawa malam tu... aha...

Rehatkan Minda

This is Ieja.. one of SMKTA handball players.. she's really great!!

This is As and Sakinah.. U are wonderfull girl!!

What happen to you Aza??

Aha!! Star Jump??? Kakaka...

One is small and other one is too big.. But can u see any similarities??

ok..

aha... love it

Friday, May 1, 2009

Koir Bulan Bahasa Inggeris


antara persembahan yang menarik perhatian aku...budak 5 Bijak ni memang suka buat lain dari lain...


Ini bebudak 2 Bestari... Bersungguh cikgu Raja Zainon mengajar diorang nyanyi lagu Bahasa Inggeris... walaupun diorang ni susah nak faham BI, tapi ok la tu, nak juga mencuba....

Wednesday, April 29, 2009

Kemaskini Papan Peperiksaan Bilik Gerakan SMKTA bersama kak Asmahani...

aha... ini la papan peperiksaan kat bilik gerakan... comei x??? buat ngan kak as sampai x perasan jam dah kul 6 petang...

Ini adalah bilik gerakan SMKTA yang berwajah baru... update 29 April 2009
Related Posts with Thumbnails