Segala apa yang dilalui adalah seribu dari berjuta kejadian Allah...Aku hanya berkongsi cerita, dan ingin menjadikan blog ini secubit dari kisah hidup aku... walaupun banyak perlu menjadi lipatan .. namun ada juga yang mampu aku bentangkan...

Tuesday, October 6, 2009

CRK ~ Cuti Rehat Khas

Hari ni tak semena-mena aku amikCRK (Cuti Rehat Khas) kerana si kecil yang demam... sian dia merengek-rengek..... aku dah bagi ubat... kul 4 pagi tadi dia muntah, risau aku.... walaupun suami aku keje shif petang hari ni.. aku tak sedap hati nak tinggal... maka amik la CRK... first time amik CRK by sms je ngan boss... maaf boss....

Uhu.. keje aku makin bertimbun la.... aku nak susun perancangan keje aku.... ehe....

Today :
1- settelkan aplikasi SAP
2- Taip semua no Fail Peperiksaan
2- Taip semua label Fail Utama Peperiksaan
3- Sediakan benda-benda nak print
4- Lesson plan

Thursday :
1- Pegi print bahan2
2- Susun Bahan dalam Fail Utama (semak mana yang tak de)
3- Minit Mesyuarat PIBG
4- LHB

Friday :
1- Sediakan bahan-bahan yang tidak ada dalam Fail Utama
2- Settlekan Fail Utama Peperiksaan
3- Semak dan sediakan bahan untuk ditampal di Bilik Peperiksaan

Saturday :
1- Pegi Mydin... beli fail, beli benang, beli kertas keras, beli double tape, beli kertas cantik2..
2- Pegi sekolah dan kemaskini Bilik Peperiksaan

Sunday :
1- Masukkan markah Trial Online
2- SKT time!!! (make sure finish it!!)

********************************************************

Monday :
1- Nota minta beli bahan peperiksaan (semak bahan yang x cukup)
2- Buat senarai penyedia soalan akhir tahun ( bukan penyedia pun.. cuma uruskan)-soalan setara kan... yg form one je kena wat sendirik!! ehe...

Tuesday :
1- Tampal no fail yang dah print hari tu.... ehe... relax...
2- Kemaskini Fail Peperiksaan SPM
3- Sediakan Fail Peperiksaan SPM 2009 (mujur ada yg tahun lepas punya...kak As punya)


Itu je la dulu... nanti kerja2 urusan kertas peperiksaan menanti..... dan Pasti lebih Sibuk!!

Saturday, October 3, 2009

Telur dan Badam~~

Telur Separuh Masak Baik Untuk Jantung

Bersarapan dengan roti bakar dan telur separuh masak memang menyelerakan. Pasti tidak cukup sekeping roti. Namun tahukah kamu akan kebaikan set sarapan
ini? Jika kamu mengambil putih telur separuh masak bersama mayones bebas lemak dan hirisan salad hidangan ini mampu memberi tenaga berpanjangan untuk kamu sepanjang hari. Mengikut kajian, hidangan ini mampu memberi perlindungan serta menjaga kesihatan jantung kamu! Tunggu apa lagi ambillah telur separuh masak untuk sarapan kamu.


Badam Beri Tenaga Tambahan


Ramai yang berpendapat kacang akan mengakibatkan jerawat. Jangan mudah membuat persepsi sendiri tahukah kamu bahawa badam amat baik untuk diamalkan. Tiada siapa pun mampu menafikan badam sangat enak. Tambahan pula sekiranya ia di makan bersama coklat atau di letakkan di dalam kek. Tidak mengapa teruskan mengunyah badam kerana ia memberi tenaga tambahan kepada tubuh. Selain itu, badam juga mampu membuatkan kamu kenyang untuk tempoh yang lama dan kandungan serat tinggi dalam badam juga baik untuk kesihatan usus. Lebih baik lagi badam juga kaya dengan zat besi, zink, magnesium, kalsium, vitamin E serta protein yang diperlukan tubuh.

Friday, October 2, 2009

Berderau**Reda!!

Ya Allah... selesai juga akhirnya ~~ Nama wakil JPNJ tu En Mohd Azam, Penolong Sains, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.... Fuhhh!! Walaupun beliau nampak tenang... tak menyerang sangat.... tapi risau juga aku... dia tengok buku latihan budak aku yang sememangnya hampeh.. budak macam biskut.. makan pun x sedap.. hangus....kejap ada kejap x ada.. yang datang sekolah tu yang bagus2 la... Ramai yang bagus sebenarnya.. ada sorang dua je yang wat hal.... ehe....

Budak 4 Bestari 1 tadi boleh tahan jugak nakal tadi.. saje menguji kesabaran aku mengajar... Dah En Azam observe kat belakang makmal.. diorang ni memang tau.... x pe2.. anyway, aku percaya diorang belajar dengan penuh tekun.. eceh!!.. Thanks for all my students...

En Azam ada bagi satu cadangan untuk aku kukuhkan P&P aku.. dia suruh perbanyakkan lagi gambar yang lebih eksplisit.. supaya pelajar lebih jelas... ehe.. ok2.. akan ku jadikan panduan pesanannya itu...Walaupun sebelum dia observe aku cuak giler.. aku kan cikgu baru... memang banyak la kurangnya.... tapi bila dah habis tu.. lega.... dan syukur.. ada jugak pengalaman di observe wakil JPNJ... ish.. pengalaman berderau darah satu badan tu yang tak ternilai bagi aku....

ehe...

Love Teaching!!!

Thursday, October 1, 2009

Mari Menyanyi~~






Mari Menyanyi menghibur hati.... ehe.. cik abang suami ku tercinta yang suka lagu nie.... masa first time dengar, aku jadi suka pulak.... ehe... si jantung hati...

aku ni sebenarnya baru je siapkan perancangan untuk lesson plan esok.. Kononnya ada wakil JPNJ nak datang observe cikgu Sains Form 4 mengajar.. aku le tue... ish.. masak bergelegak kepala nie... tapi semua dah diuruskan.. handout dah siap... cuma esok nak sediakan gunting, soletep, kad manila dan duit syiling untuk budak2... ehe... sempat tak ni??... sempat aje la....

Dah siap keje ... nie yang layan lagu.. hilangkan stress.. tapi hari ni memang hari penuh cabaran... ish.. macam2 dugaan menimpa aku nih.. sampai aku hampir2 masuk bawah tanah.... uhu....

mujur ada cik abg suamiku tercinta....Abg Brahiiimmmm!!! Thanks ye... masak untuk Dila tadi... dia tahu aku tension nak siapkan lesson plan yang mengejut nih... ye la petang tadi baru diberitahu nak diobserve wakil JPNJ.. Huhuhu!!!! Tak pe2.. aku ada kakak2 yang sentiasa menyokong aku...Thanks a lot!!

Mujur suami ku tercinta ni pandai amik hati aku.... Hilang stress aku nih... hanya perlu hadapi hari esok sahaja....

ok.. wish me luck....Nak tido dah!!!


-Love Dyla

Tuesday, September 29, 2009

Kemaafan~~Dendam

Kemaafan itu alangkah indahnya andai mampu diungkai dengan mudah... Namun adakalanya ia sukar diuraikan... Bukan niat ku mahu berdendam.... Namun sesungguhnya, aku perlukan kelapangan yang sebenar tentang erti kemaafan...

Dulu aku sering cuba berbuat baik terhadap orang yang menzalimiku... Namun kini entah mengapa terasa sungguh yang diri telah berubah... Aku bersikap memilih.... Ye... Aku memilih untuk membantu atau tidak... Kenapa harus bantuan itu memandang apa yang telah dia lakukan pada aku... Entah dia ingat atau tidak.... kenapa aku mesti ingat.. mungkin kerana ia menusuk hati ???

Apakah itu namanya dendam???

Dendam adalah buah dari kemarahan; sedangkan letak dari kekuatan marah adalah hati. Marah adalah mendidihnya darah hati untuk menuntut hukuman. Erti dendam ialah apabila hati selalu merasa berat dan benci; sedangkan perasaan tersebut tetap.

Rasulullah saw bersabda:

اَلْمُؤْمِنُ لَيْسَ بِحَقُوْدٍ

Orang mukmin itu bukanlah pendendam.

Definisi dendam adalah:

Benci terhadap kenikmatan yang ada pada orang lain dan senang apabila kenikmatan lenyap dari orang tersebut.

Dan aku sedar... sedikit sebanyak aku macam berdendam... Ya Allah... bersihkanlah hati ini.... walaupun aku tidak mendoakan yang buruk untuknya, namun aku tidak merelakan hati ini membantunya dikala dia susah... semua ini kerana apa yang pernah dia lakukan pada aku... dan inikah namanya dendam???

Tapi aku tak mempu membantunya.. kerana aku tahu aku tidak ikhlas andainya aku membantunya sedangkan hati ini masih berdarah kerana perbuatannya.... Cuma aku ingat pesan mama....

"Kalau hati tak Ikhlas nak tolong orang (tolong orang tapi dibelakang mengungkit) , lebih baik jangan tolong.... "

walau mungkin ada yang x setuju dengan mama aku.. tapi aku rasa ada betulnya... mungkin aku x pandai berlakon baik jika aku memang tak baik!!! aha!!!

Dan aku sememangnya begitu... Jika mahu ku bantu orang itu, aku akan sedia membantu dalam apa jua keadaan dan sanggup bersusah.. namun jika aku tidak mahu membantunya.... pasti ada sebab tertentu... dan dia... pernah aku bantu, sebaliknya dia menikam aku... mungkin dia tak sedar semua ni... tapi hakikatnya dia pernah menyusahkan aku tika dulu.... maafkan aku kerana tak mampu membantumu.....

Monday, September 28, 2009

Sayang Abang Ibrahim!!!

Back To ScHOoL~~~


WAaaaa!!! Sekolah lagi!! apa je yang aku dah settlekan sepanjang cuti ni???? Meh kita semak.....


1. Sasaran Kerja Tahunan (<-- on the way)
2. Minit Mesyuarat PIBG (<--on the way)
3. Download kertas2 soalan sains untuk dihantar fotostat (<--ehe.. lum wat apa pun... kejap2!)
4. Uruskan borang permohonan BISP (<-- da isi!!)
5. Laminate slip SPM (<--belum!!!)
6. Settingkan SAP45 untuk isi markah trial SPM (<--dah settle!)
7. Masukkan data dalam Fail Peperiksaan (<--ehe... maleh.. esok sempat kot!!)
8. Siapkan jadual kerja untuk Peperiksaan Akhir Tahun (<--aha!!.. belum!!)
9. sediakan Fail Guru Bertugas SPM (<--Lagi la belum!!!)
10. Siapkan Modul Form 2 (<--dah settle!)
11. Siapkan Modul Form 4 (<--dah settle!)
12. Susunkan modul soalan form 4 (<--dah settle!)
13. Siapkan lesson plan untuk sebulan!! (<-- on the way)

So... saat ni aku sedang siapkan 3 perkara: 1- SKT, 2-Minit Mesyuarat PIBG, 3- Lesson plan

Esok pagi aku nak study sikit apa nak ngajar.... lepas rehat cadangnya aku nak settlekan beberapa perkara:

1. Uruskan borang permohonan BISP
2. Masukkan data dalam Fail Peperiksaan
3. Siapkan SKT (<-- mintak maaf bos!!)

Yang selebihnya tu aku cadang nak wat pada hari Rabu....

Tgk la guane.... aku ni maleh sikit... hahaha....
Related Posts with Thumbnails