Segala apa yang dilalui adalah seribu dari berjuta kejadian Allah...Aku hanya berkongsi cerita, dan ingin menjadikan blog ini secubit dari kisah hidup aku... walaupun banyak perlu menjadi lipatan .. namun ada juga yang mampu aku bentangkan...

Thursday, October 15, 2009

My Time Table !! Kerja ~~

Friday (16/10/2009):
- Print Headcount Form 1, 2 and 4
- Siapkan Fail Headcount
- Print Result Trial SPM 2009 individu
- Siapkan anggaran belanjawan
- Siapkan Fail SPM

Sabtu (17/10/2009):
- Taip Minit Mesyuarat PIBG
- Print Minit Mesyuarat PIBG
- Siapkan SKT
- Print SKT
- Susun Fail Peperiksaan Guru Bertugas SPM 2009

Ahad dan Isnin (18 dan 19/10/2009):
- Isi Markah Trial Online !!

Selasa (20/10/2009) :
- Burn CD aplikasi SAP
- Pergi Taklimat Peperiksaan Akhir Tahun 2009

Kerja Tertangguh.. Apa yang aku dapat buat hari ni??

Aha... mari kita tengok siapa yang kena....


1- Minit Mesyuarat PIBG <--- BELUM Settle

2- LHB <--- Settle
3- Sediakan bahan-bahan yang tidak ada dalam Fail Utama <--- Settle
4- Semak dan sediakan bahan untuk ditampal di Bilik Peperiksaan <--- Settle

5- Pegi Mydin... beli fail, beli benang, beli kertas keras, beli double tape, beli kertas cantik2..<--- BELUM Settle
6- Pegi sekolah dan kemaskini Bilik Peperiksaan <--- Settle
7- Masukkan markah Trial Online <--- BELUM Settle

8- SKT time!!! (make sure finish it!!) <--- BELUM Settle
9- Buat senarai penyedia soalan akhir tahun ( bukan penyedia pun.. cuma uruskan)-soalan setara kan... yg form one je kena wat sendirik!! ehe... <--- Settle

10- Tampal no fail yang dah print hari tu.... <--- Settle
11- Kemaskini Fail Peperiksaan SPM <--- BELUM Settle
12- Sediakan Fail Peperiksaan SPM 2009 (mujur ada yg tahun lepas punya...kak As punya) <--- BELUM Settle

Tambahan Kerja :
13- Siapkan Fail Headcount Form 1, 2 dan 4
<--- BELUM Settle
14- Siapkan Fail Unit Beruniform <--- BELUM Settle

Badan Sakit..... Hati pun Sakit!!!

Aku nie memang sensitif orangnya... mudah terasa.. dan jenis suka pk banyak... ish... nak diceritakan panjang.... aku ringkaskan... ringkas ke??? x de maknanya ringkas... rajin nak baca.. silakan... malas baca.. jangan baca....

Selasa, 4 pagi :
Aku bangun pagi muntah-muntah dan pening kepala yang amat sangat. Badan mula kedinginan dan menggigil-gigil.... Demam.... Baru nak baring dan lelapkan mata.. adah bangun dan muntah susu.... suami aku bangun tolong menguruskannya.... aku memang dah x larat... bangun pagi ku cuba gagahkan diri ke sekolah... dan adah sekali lagi muntah lagi.... aku sms kak bibah (PK 1 ) aku mohon datang lambat.. kepala masing pening.. aku cuba gagahi... Namun suamiku melarang aku pergi.. katanya aku nampak pucat... dia ajak ke klinik.. tapi aku kata Dr x de lagi pagi2 ni.... aku pun sms semula kak bibah kata aku amik mc aje... aku pun cuba makan panadol dan melelapkan mata... aku muntah lagi.. dan pening teramat sangat...

sekitar jam 12.30 hari aku bangun dan perutku memulas-mulas... aku menjadi teman setia cik Tandas.... suami ku ajak ke klinik... aku diberikan ubat.. ubat gastrik... aku kena gastrik.. perut aku masuk angin dan kata Dr.. perut aku 'upset'... ehe....dia bagi ubat demam, ubat buang angin, ubat tahan sejuk.... dan dia bagi la aku mc..... dia tanya nak sehari atau 2 hari.. aku kata cukuplah sehari.. esok ok ni....

Rabu, 6 pagi :
Dalam kepeningan yang masih terasa... dicampur keletihan berulang ke tandas... x lena tdo... letih... aku bangun.. gagahkan diri gosok baju nak ke sekolah... tapi ternyata aku x mampu.. perut ini masih memulas...terpaksa la aku sms Pk 1 aku bagitahu aku mc lagi... Demam pun masih belum reda.. suhu badan 38.5 oC..

Sekitar tengahari.. demam aku sudah makin reda.. cuma perut sahaja masih belum mahu beralah.. masih nak menunjuk perasaan...makan pun aku x lalu... hanya bubur dan nasi lembik....Itupun suami yang masak... Thanks abang..... uhu....

Malamnya suami aku biarkan aku tdo dan berehat secukupnya.. adah diuruskannya tanpa rungutan... Alhamdulillah.. Hari Khamis tu aku kembali ke sekolah......

Waaaa.. Kerja Bertimbun... tak selesai.. gara2 cuti yang x dirancang....

Khamis:

Ehem.. pegi sekolah macam biasa... ada keje sempat aku selesaikan.. dan ada juga yang x sempat... cuma yang x bestnya.. Hati aku Sakit!!! dah la badan dan perut ni belum sihat sepenuhnya... sampai disekolah, aku diberitakan ada sorang insan yang kononya bernama 'kawan' membuat andaian kononnya aku nie mc kerana balik terengganu... Lama la sikit dapat duduk Terengganu... Aha!!! Orang tu salah andaian!!! dia sangka aku amik CRK pada hari Khamis (15/10/09) dan Jumaat (16/10/09).... dan sengaja amik mc pada 13 dan 14/10 tu... nak sambung cuti kononnya... sedapnya dia tu buat andaian.. tak berpk langsung.. cerdik yang amat sangat....

Memang aku ada mohon CRK tapi bukan pada 15-16/10.... Tetapi pada 22-23/10... Minggu depanla....Itupun sebab bapak mertua aku nak g Haji... Salah ke???.. masa dia amik CRK... dia amik mc... orang x sibuk... bila orang lain dia memandai buat spekulasi.. aku memang sangat marah.... sebab sebelum ni aku banyak kali kena 'sound' ngan bos pasal cover dia punya pasal...tapi x sangka dia pulak yang mewujudkan andaian tidak baik terhadap reputasi aku!!!...Eeeeee... memang panas hati!!!....

Tapi bila aku mintak pendapat rakan guru dan mama aku... aku nak amik sikap diam aje.. biar la dia... suatu hari Allah balas perbuatan dia tu.... Dulu dia dah khianati aku sekali.. ini sekali lagi.... Thanks pada si dia!!...

Apap2pun aku sekarang dah ok..... abaikan dia.... aha...

Saturday, October 10, 2009

Jom SEMAK!!

HARI TU KAN AKU BUAT SENARAI KERJA..
SO SEKARANG NAK SEMAK SEJAUHMANA KESUDAHANNYA.....

1- settelkan aplikasi SAP <--- Settle 2- Taip semua no Fail Peperiksaan <--- Settle 3- Taip semua label Fail Utama Peperiksaan <--- Settle 4- Lesson plan <--- Settle 5- Pegi print bahan2 <--- Settle 6- Susun Bahan dalam Fail Utama (semak mana yang tak de) <--- Settle
7- Minit Mesyuarat PIBG <--- BELUM Settle

8- LHB <--- BELUM Settle
9- Sediakan bahan-bahan yang tidak ada dalam Fail Utama <--- BELUM Settle (tinggal carta alir, keputusan peperiksaan dan Anggaran Belanjawan)
10- Settlekan Fail Utama Peperiksaan <--- Settle
11- Semak dan sediakan bahan untuk ditampal di Bilik Peperiksaan <--- BELUM Settle

12- Pegi Mydin... beli fail, beli benang, beli kertas keras, beli double tape, beli kertas cantik2..<--- BELUM Settle
13- Pegi sekolah dan kemaskini Bilik Peperiksaan <--- BELUM Settle
14- Masukkan markah Trial Online <--- BELUM Settle
15- SKT time!!! (make sure finish it!!) <--- BELUM Settle
16- Nota minta beli bahan peperiksaan (semak bahan yang x cukup) <--- Settle
17- Buat senarai penyedia soalan akhir tahun ( bukan penyedia pun.. cuma uruskan)-soalan setara kan... yg form one je kena wat sendirik!! ehe... <--- BELUM Settle

18- Tampal no fail yang dah print hari tu.... ehe... relax... <--- BELUM Settle
19- Kemaskini Fail Peperiksaan SPM <--- BELUM Settle
20- Sediakan Fail Peperiksaan SPM 2009 (mujur ada yg tahun lepas punya...kak As punya) <--- BELUM Settle

Kesimpulannya... banyak lagi belum settle....

Ke Rumah Kak Hasnah dan Kak Shahrimah


Seronok!!! aha... x ingat dunia makan banyak giler.....aku pegi beraya ke rumah kak hasnah dan kak shahrimah.... tapi kali ini aku x pergi bersama hubby tercinta... aku pegi ngan kak Bai ngan Kak Norma.... aku drive myVi ku itu.... rumah kak Hasnah dah pernah pegi.. tapi rumah kak Shahrimah first time pegi... Cantik umah dia.. kat umah kak imah, aku jumpa Cikgu Laura, rakan sejawat yang sama-sama mengajar di Tanjung Adang.. sekarang dia ngajar di SMK Gelang Patah...

Bertolak ke umah kak Hasnah sekitar kul 4.30.. sampai sana dekat kul 5.. sampai sana, kak Nora dah ada... Kak Wan sama2 sampai dengan kami... dekat2 kul 5.45 tu kami pun nak bertolak ke umah kak imah pulak... Cikgu Mahadi pulak baru sampai umah kak Hasnah... ehe... kami pergi dulu....

kat umah kak imah aku makan siap menambah lagi... aku makan banyak giler... sampai rumah dengan penuh kekenyangan aku lena hingga pagi.....Uhu....Thanks Kak Hasnah dan Kak Imah...
Selamat Hari Raya...

Hatiku Dilukai Anak Murid Sendiri....

Dari semalam lagi aku nak berkongsi kisah ini..... pelajar ini agak rapat dengan aku.. selalu juga membantu aku... walaupun panas baran, tidak pernah lagi melawan aku.... Walaupun rapat... aku perlu bersikap tegas dan adil dalam beberapa perkara.... kerana aku rapat dengannya untuk mendidik dan menjadikan dia yg terbaik.... tapi apakan daya.. rupanya... aku ini lansung tidak berguna....


Aku gagal mengawal panas baran dia... sedangkan aku tika itu cuba mengawal diri agar aku tidak memarahinya... hanya aku perlu bersikap tegas tika itu....

kisahnya begini... waktu itu aku sedang turun tangga... untuk jumpa PK HEM aku... nak mintak dia semak buku rekod mengajar... dalam perjalanan tu, aku terserempak dengan pelajar aku ni... dia sedang pegang ear phone dan handset... dalam pada bergurau... aku perlu ambil handset tu... kerana dia melakukan kesalahan di hadapan aku.... andai ia di dalam beg , memang la aku x nampak... ini dah depan mata....

Ikutkan perasaan kesian.. memang aku aku nak pulang je hand set tu... tapi aku perlu bersikap tegas dalam hal ini... aku berharap sangat dia faham situasi aku... memang aku serba salah.. sebab aku sayangkan anak murid aku yg sorang ni.. tapi... dia bersikap tidak menghormati aku...

Hanya kerana tidak berjaya memujuk aku untuk memulangkan hand set itu.. dia bersikap kasar di hadapan mataku... pedihnya menusuk hati ini... sampai hati anak pelajarku... kesalahanmu aku tegur secara lembut.. sikit pun aku tidak menjerit atau memarahimu... sikitpun aku tidak bertindak kasar... tapi anak kecil ini dengan tidak segan silu.. dihadapan rakan sejawatku.. bersikap sombong dihadapanku...

Kepedihan itu hingga sekarang masih terasa.... adakah kerana dia anak murid yang baik dengan ku, aku harus ikut semua kehendaknya???? apakah hanya kerana dia rapat denganku, aku tidak perlu bersikap tegas dan adil padanya???? Sungguh... Hati ini pedih...

Tuesday, October 6, 2009

Beraya Di Umah Pn Suriati

ehe.. sampai jugak aku ke rumah cik sue ni.... walaupun dah kawin.. terbiasa panggil cik sue... sue ni kawan aku since aku masuk UTM lagi... sama-sama wat asignment... sama-sama berkongsi suka duka.... sama-sama mengarok... sama-sama.... macam-macam la.... Keindahan zaman U aku banyak bersama dia dan Yung..... ehe...

Tahun lepas sue nak datang beraya umah aku... tapi aku nie tiada kesempatan waktu... aha.. akhirnya aku la yg g beraya umah cik sue ni.... aku dah la sampai lewat... kul 9 lebih.. dekat kul 10... sejam jugak la duduk umah sue.. dekat kul 10.50 baru kami beransur balik.... anyway.. seronok bersembang sampai aku rasa rindu zaman belajar....

Sue... Dyl happy tgk sue happy... and Congrats sebab bakal mendapat cahaya mata... I am Happy for u...

Bila la agaknya dapat aku, Sue dan Yung berkumpul semula....

-Friendship Forever-
Related Posts with Thumbnails