Segala apa yang dilalui adalah seribu dari berjuta kejadian Allah...Aku hanya berkongsi cerita, dan ingin menjadikan blog ini secubit dari kisah hidup aku... walaupun banyak perlu menjadi lipatan .. namun ada juga yang mampu aku bentangkan...

Friday, January 1, 2010

Salam Tahun Baru 2010


Rakan-rakan di sekolah pasti sibuk dengan urusan pendaftaran dan orientasi... aku masih di Terengganu.. malam ini malam kedua aku tidur tanpa suami disisi.. suamiku berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah menemani ayah mertuaku yang sakit di wad 7D di HSNZ.

Setakat ini keadaannya tidak banyak berubah.. cuma muntahnya tidak lagi berdarah seperti sebelum-sebelum ini... ayah banyak mengeluh sakit... petang tadi sewaktu aku melawatnya, dia mengadu sakit... aku sendiri dapat melihat bagaimana dia menahan sakit sehinggakan badannya mengigil kerana terlalu sakit. Ayah jugak menunjukkan lubang yang ditebuk di bahagian perut oleh doktor untuk mengeluarkan bahan toksik dalam badannya...ngeri...dan memang kesian aku tgk ayah yang bersirat dengan wayar sana sini... sebelah sana masuk darah..sebelah sini masuk air cuci buah pinggang.... kata Esah (adik iparku), buah pinggang ayah dah rosak.... erm... berat dugaan ayah... sabar ayah, anak2 sentiasa mendoakan ayah....

Esok malam aku akan balik ke Johor.... erm, suamiku akan terus tinggal disini buat sementara waktu... maka aku akan bersendirian di Johor... ditemani adah...demi keluarga aku sanggup menghadapinya.... aku harap bulan 6 ni aku dapat pindah terengganu... aku perlu ke sana....

Tahun Baru 2010, aku di Terengganu... suami di Hospital....aku di rumah ayah mertuaku....
walau apapun... aku masih mampu menyiapkan beberapa kerja sekolah yang tidak mampu aku tangguhkan lagi... sempat menyiapkan urusan dokumen headcount....Alhamdulillah... ada sedikit kekangan... tapi InsyaAllah... boleh di atasi....


Kepada rakan sekerja di SMK Tanjung Adang, aku mohon maaf di atas segala kesilapan dan kekhilafan ku sepanjang berada di SMKTA. Semoga sinar 2010 lebih bergermerlapan berbanding sebelumnya.....

Kepada suami tercinta dan semua ahli keluarga, semoga 2010 membawa lebih kebahagian dan lebih nikmat hidup dari Allah swt.....


Salam Tahun Baru 2010....

Sunday, December 27, 2009

Jangan Sakiti Aku!!

Friday, December 11, 2009

Ayah mertua ku Masuk ICU kerana sakit jantung...

Hari selasa (08/12/2009) jam 5 petang, suami memberitahu aku bahawa ayahnya masuk ICU.... aku pun segera menelefon kakak iparku... tanpa buang masa, aku telefon pengetua aku.. mohon maaf dan mohon izin untuk pulang ke kampung... tak dapat la aku datang ke sekolah menguruskan budak2 SPM tue...tepat jam 7 malam kami bertolak ke terengganu... Kami tiba di terengganu pada jam 4 pagi...

Esokknya, pada sekitar jam 10 pagi, kami pergi ke hospital.. belum waktu melawat... suami je naik ke wad ayah... ayah mertua dah keluar ICU.. masuk wad pesakit jantung. nampak sangat dia lemah....

Alhamdulillah, setakat hari ini, (12/12/2009)...Ayah semakin sihat, malah semakin gemar bercakap... semalam, dia sanggup bangun bila orang datang melawat dia... Alhamdulillah...InsyaAllah hari ni mungkin boleh keluar wad....

Sekarang ni aku pulak yang demam selesema.. demam dah beransur baik... tinggal selesema je... InsyaAllah, baik la nanti tu....

Sunday, December 6, 2009

Blog!!!

Aku baru je update Blog Unit Penilaian dan Peperiksaan.... saje masukkan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2009... erm... banyak lagi kekurangan blog tu... sekarang ni tengah dalam kerangka merancang Blog PIBG SMK Tanjung Adang... masih dalam perancangan.... susun bahan... ish... cuti sekolah yang amat bermakna.... untuk tugas2 yang bermakna untuk diri aku nie... Semuanya untuk perancangan tahun hadapan....Bakal dilaksanakan...

Standard Guru Malaysia (SGM)

Sekarang ni aku tengah study about Standard Guru Malaysia (SGM).

Ia menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

Kalau rakan-rakan nak baca lebih lanjut... klik disini ye.... Standard Guru Malaysia (SGM).

Tangan Suami aku kena X-Ray...


Pusat X-Ray Hospital Sultanah Aminah

Pagi nie aku dan suami ke Hospital Sultanah Aminah. Jumpa Doktor kat sana... Doktor tu buat ujian ransangan ke atas jari suami ... ternyata ada masalah saraf katanya... dia suruh suami ke kaunter X-ray.. untuk buat ujian samaada tulang suami aku ada masalah x.... kata Dr, tulang x de masalah... so dia sarankan suami aku jumpa Pakar kat Poliklinik Hospital Sultanah Aminah esok... erm.... esok pegi lagi... Risau la pulak bila dia sebut jumpa Pakar.. teruk sangat ke???....

Tak pe sayang... esok kita g ye....

Thursday, December 3, 2009

After 5 Days...


Selepas 5 hari suami aku cedera di tempat kerja... kami x perlu lagi ke Klinik Gelang Patah untuk proses cuci luka... hanya perlu ke Hospital Sultanah Aminah untuk urusan kenyataan kemalangan dan tahap kecederaan.... anyway... ni gambar tangan suami aku... Before and After....




Suami aku masih x leh genggam tangan.. tak boleh buat banyak pergerakan. Kalau banyak pergerakan pada pergelangan tangan tu, darah akan keluar semula... Nurse tu kata, luka di bahangian dalam belum baik.. Luar je yang dah kering....Sabar sayang ye...
Related Posts with Thumbnails